Cari @ Amanz

Twitter MusicTwitter sedia digunakan ramai dalam berkongsi pelbagai perkara melaluinya, dan daripada perkongsian pihak Twitter hari ini, ia dikatakan pada 3 Ogos yang lepas, Twitter telah mencapai rekod baru apabila penggunanya berkongsi dan menghantar 143,199 tweet dalam masa se-saat.

Perkongsian yang menyumbang kepada pencapaian ini adalah apabila pengguna di Jepun ramai yang berkongsi mengenai Castle in the Sky yang ditayangkan disana.

Twitter juga mengatakan yang mana ia adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding kebiasaan. Secara purata, Twitter hanya mencapai 500 juta tweet sehari, iaitu sekitar 5,700 tweet untuk sesaat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd