(Ura-Ura) Nexus 5 Akan Hadir Daripada LG – Membawakan Sedikit Persamaan Dengan LG G2

(Ura-Ura) Nexus 5 Akan Hadir Daripada LG – Membawakan Sedikit Persamaan Dengan LG G2

Diterbitkan pada Ogos 17, 2013 oleh .

Setiap tahun, salah satu telefon pintar yang dinantikan para peminat Android adalah peranti Nexus, dan kini setelah pengenalan Nexus 7 baru tempoh hari, semestinya lebih ramai yang tidak sabar untuk pengenalan telefon pintar Nexus baru.

Mengikut desas-desus terkini, ia dikatakan Nexus 5 akan hadir daripada pihak LG, dan akan menyertakan beberapa persamaan dengan LG G2 sebelum ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Tinhte.vn, yang mana sedia terkenal dengan penerbitan pelbagai gambar peranti jauh lebih awal sebelum pengumumannya.

Daripada laporan awal, ia dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci seperti LG G2, selain mana turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800.

Namun, dari segi rekabentuk, ia dikatakan akan berbeza berbanding LG G2, tetapi akan lebih menyerupai Nexus 4 sebelum ini. Perkara ini sekaligus akan membuatkan tiada butang pada bahagian belakang pada peranti Nexus baru kelak.

Seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura awal, dan semestinya kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Nexus 5 ini dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN