Cari @ Amanz

Sony, seperti semua sedia maklum, mereka memfokuskan kepada penggunaan Android. Tetapi, ia tidak menghentikan mereka sebelum ini turut sama menguji penggunaan Windows Phone 7.

Sony Jolie

Sony Jolie

Daripada gambar yang hadir ke arena web ini, peranti prototaip yang dikenali dengan nama “Jolie” ini menyertakan papan kekunci QWERTY yang boleh diluncurkan. Ia membawakan logo Sony Ericsson, sekaligus memberikan idea yang mana peranti ini pada peringkat ujian jauh sebelum penjenamaan semula Sony Mobile.

Berbeza dengan Samsung dan HTC, pihak Sony tidak pernah melancarkan peranti mereka kepada umum.

Mungkinkah pihak Sony tidak meneruskannya kerana integrasi Xbox yang mungkin juga dilihat sebagai pesaing untuk PlayStation?

Sony Jolie

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd