Dapatkan Ruangan 1GB Percuma Pada Dropbox Melalui Aplikasi Mailbox Untuk iOS

Dapatkan Ruangan 1GB Percuma Pada Dropbox Melalui Aplikasi Mailbox Untuk iOS

Diterbitkan pada Ogos 18, 2013 oleh .

Pihak Dropbox sedia mengambil-alih Mailbox sebelum ini, dan kini kelihatan mereka memberikan ruangan percuma sehingga 1GB kepada pengguna Mailbox, apabila mereka menghubungkan akaun Dropbox pada aplikasi berkenaan.

Bagi pengguna Mailbox pada iOS, anda hanya perlu ke halaman tetapan, dan kemudian memilih Dropbox dan menambah akaun Dropbox anda. Ruangan storan tambahan akan ditambah ke akaun anda secara automatik selepas itu.

Sekiranya anda sedia menambah akaun anda, anda boleh unlink akaun Dropbox anda, dan menambahnya semula untuk mendapatkan ruangan percuma ini.


TIPS & ULASAN