Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk mengurangkan saiz gambar, seperti JPEGMini dan sebagainya. Satu lagi perkhidmatan seumpamanya dan menyokong pelbagai jenis format gambar adalah Kraken.io.
Versi web Kraken membolehkan pengguna untuk mengoptimasikan gambar mereka yang bersaiz sehingga 1MB secara percuma melaluinya. Pengguna juga boleh memilih moda pengoptimasian, sama ada LOSSLESS ataupun LOSSY.
Daripada penggunaan kami sendiri, saiz fail gambar yang dihasilkan melalui pengoptimasian Kraken.io adalah lebih kecil, namun pada masa yang sama tidak memperlihatkan perbezaan kualiti pada gambar.
Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri hari ini melalui Kraken.io.