Beats Merancang Untuk Membeli Kembali Pegangan HTC Pada Syarikat

Beats Merancang Untuk Membeli Kembali Pegangan HTC Pada Syarikat

Diterbitkan pada Ogos 19, 2013 oleh .

Beats Electronics - HTCMungkin ramai yang sedia mengenali akan syarikat Beats yang menawarkan headphone, selain mana turut mengintegrasikan sokongan audionya pada telefon pintar, komputer riba, tablet dan sebagainya.

Perkara ini mungkin bukan sesuatu yang baru. Dua tahun lepas, pihak HTC membeli 50.1% pegangan pada Beats Electronics, tetapi setahun selepasnya, pihak Beats membeli kembali separuh daripada pegangan HTC pada syarikat berkenaan.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Selain daripada headphone, pihak Beats Electronics juga dikatakan sedang melihat untuk menawarkan beberapa perkara lain termasuk speaker dan beberapa peralatan elektronik memfokuskan pengguna umum.


TIPS & ULASAN