Cari @ Amanz

Dengan pelbagai ura-ura berkaitan telefon bajet daripada Apple dikenali sebagai “iPhone 5C”, laporan mengenai telefon “iPhone 5S” juga turut tidak ketinggalan. Mengikut laporan baru, ia dikatakan Apple mungkin akan memperkenalkan variasi peranti berwarna “emas” kelak.

iPhone 5S Emas

Kesahihannya masih tidak diketahui buat masa ini. Buat masa ini, iPhone 5 hanya ditawarkan dengan pilihan warna hitam dan juga putih sahaja.

Ia turut dikatakan sekiranya ditawarkan dalam pilihan warna “emas”, ia akan lebih ditujukan untuk negara China dan juga India, dimana warna tersebut dilihat agak popular.

Apple dijangka akan mengadakan acara media mereka pada 10 September kelak (11 September waktu Malaysia), dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd