Cari @ Amanz

Nexus 7

Google pada bulan lepas telah pun melancarkan tablet Nexus mereka yang terbaru, iaitu Nexus 7. Seperti tahun lepas, ia masih dikeluarkan oleh Asus, dan Nexus 7 generasi kedua ini membawakan rekaan yang lebih nipis, disamping pada masa yang sama membawakan paparan skrin yang amat jelas dan beresolusi tinggi.

Rekabentuk Peranti

Nexus 7 yang baru ini membawakan beberapa perubahan berbanding versi tahun lepas. Dengan rekaan yang lebih nipis, Nexus 7 (2013) ini juga lebih ringan, sekaligus membolehkan pengguna lebih selesa memegangnya pada tangan untuk tujuan pembacaan dan penggunaan yang lama.

Pada bahagian belakang peranti, kini ia menyertakan kamera 5-megapixel, disamping mana logo Nexus ditulis dalam keadaan mendatar. Logo Asus turut disertakan pada bahagian bawah peranti.

Nexus 7 baru ini juga tidak lagi menggunakan bahagian belakang berasaskan plastik seperti sebelum ini.

[amanz-gallery]

Google dan Asus juga turut dilihat memfokuskan kepada sokongan audio melalui Nexus 7 baru ini, dimana dwi-speaker diletakkan pada bahagian belakang, iaitu pada bahagian atas dan juga bawah (berhampiran port mikro-USB). Bagi mereka yang sering mendengar lagu dan juga menonton filem dan sebagainya menggunakan tablet, semestinya anda meminatinya, apatah lagi dengan kualiti suara dan kekuatan audio yang lebih tinggi berbanding versi sebelumnya.

Pada bahagian hadapan Nexus 7 pula, ia kini menyertakan bahagian kerangka tepi (kiri dan kanan) yang lebih nipis, manakala bahagian kerangka pada bawah dan atas sedikit lebar. Ia dikatakan akan membolehkan pengguna untuk lebih selesa menggunakannya ketika memainkan permainan dan sebagainya. Sebuah kamera hadapan 1.2-megapixel turut disertakan untuk tujuan digunakan bersama-sama beberapa aplikasi seperti Hangouts, Skype dan sebagainya.

Spesifikasi
Spesifikasi Nexus 7 (2013)
Cip Qualcomm Snapdragon S4 1.5GHz
Kamera Belakang 5-Megapixel (Tiada Flash)
Kamera Hadapan 1.2-Megapixel
Storan Terbina 16GB/32GB
Memori 2GB RAM
Skrin 7-inci WUXGA (1920×1200)
Sistem Operasi Android 4.3

Dengan kemaskini Nexus 7 generasi kedua, seperti biasa ia membawakan penambah-baikkan pada spesifikasi. Masih mengekalkan skrin bersaiz 7-inci, Nexus 7 baru ini kini menyertakan skrin dengan paparan HD pada resolusi 1920×1200 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 2GB RAM, dan pilihan ruangan storan 16GB atau 32GB. Sokongan lain seperti NFC turut disertakan, dan Nexus 7 (2013) ini turut menyokong pengecasan tanpa-wayar.

Dari segi penggunaan bateri pula, pihak Asus mengatakan ia menyokong sehingga penggunaan selama 10 jam lamanya.

Perisian

Nexus 7 didatangkan bersama-sama Android 4.3. Pengguna dilihat perlu memuat-turun kemaskini sebaik sahaja mendapatkan set mereka. Namun, ia mungkin berubah ketika pelancarannya di Malaysia, dimana terdapat kemungkinan yang mana pihak Asus menawarkannya dengan pemasangan kemaskini terus pada set berkenaan.

Penutup

Nexus 7

Kami akan membawakan ulasan penuh tablet ini dalam beberapa minggu lagi. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini untuk pasaran tempatan, dan semestinya dengan pelbagai tablet dipasaran pada hari ini, harga akan menjadi salah satu penentu untuk para pengguna tempatan mendapatkannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd