Cari @ Amanz

Sokongan NFC semakin hari diintegrasikan pada pelbagai perkara, dan kini pihak LG mengumumkan LG Light Wave DIOS yang mana merupakan salah satu ketuhar daripada pihak LG, yang dilengkapi dengan sokongan NFC untuk memudahkan ia dihubungkan kepada peranti pintar anda.

Melaluinya, pengguna hanya perlu tap pada ketuhar berkenaan, dan kemudian menggunakan aplikasi LG Light Wave Open DIOS – pengguna boleh mengawal beberapa kaedah untuk memasak makanan anda menggunakannya. Ia dikatakan sebanyak lebih daripada 220 kaedah telah ditetapkan, dan pada masa yang sama memfokuskan kepada pemakanan sihat melaluinya.

LG Light Wave DIOS

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi adakah ketuhar ini akan ditawarkan kepada pasaran global, ataupun hanya untuk pasaran Korea sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd