Cari @ Amanz

Mungkin ramai sedia mengenali akan perkhidmatan Zinio yang menawarkan pelbagai jenis majalah melaluinya. Kini, khusus untuk rakyat Malaysia, pihak Perpustakaan Negara Malaysia bekerjasama dengan Celex dalam membawakan pelbagai koleksi majalah secara percuma untuk pengguna tempatan.

Kerjasama dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia ini dikatakan sebagai salah satu inisiatif dibawah Digital Malaysia, yang mana mengalakkan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkara.

Untuk memuat-turun majalah digital melalui Zino secara percuma, pengguna terlebih dahulu perlu mempunyai akaun Celex dan juga Zinio.

Sebaik sahaja selesai mendaftar akaun Celex, klik pada “View Collections”, yang mana akan membawa pengguna ke halaman koleksi majalah “Perpustakaan Negara”. Pada halaman tersebut, pengguna boleh memilih majalah yang diingini oleh mereka, dan menambahnya dibawah koleksi Zinio.

Majalah tersebut akan ditambah pada akaun Zinio, dan pengguna boleh mengaksesnya melalui web, ataupun untuk pengalaman pembacaan yang lebih baik, boleh memuat-turun aplikasi Zinio untuk iOS, Android ataupun Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd