Cari @ Amanz

Umum sedia ketahui akan yang mana pihak Samsung akan melancarkan Galaxy Note 3 pada awal September kelak, dan kini ia dikatakan, pihak Samsung juga turut akan hadir dengan empat peranti yang lain.

Ketiga-tiga peranti ini bakal membawakan saiz skrin yang berbeza, iaitu 4-inci, 4.5-inci, 5-inci dan juga 5.2-inci.

Ia dikatakan berkemungkinan memfokuskan kepada pasaran peranti berspesifikasi pertengahan dan juga rendah. Maklumat penuh berkaitan dengan ke-empat-empat peranti ini tidak diketahui lagi buat masa ini.

Selain Galaxy Note dan juga peranti ini, Samsung juga dijangka akan hadir dengan telefon pintar berasaskan Tizen tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd