Chrome Bakal Menyertakan Fungsi Kawalan Mengehadkan Akses Akaun Pelayaran

Chrome Bakal Menyertakan Fungsi Kawalan Mengehadkan Akses Akaun Pelayaran

Diterbitkan pada Ogos 19, 2013 oleh .

Dengan dunia teknologi yang berkembang pesat, lebih ramai kanak-kanak yang mula mengakses internet dan melayari web. Perkara ini mungkin agak merisaukan ibu bapa, dan beberapa perisian terdapat khusus untuk kawalan kandungan dan sebagainya.

Chrome Supervised User

Chrome Supervised User

Kini menariknya, Google sendiri dilihat bakal menyertakan fungsi kawalan dan mengehadkan akses sesuatu akaun ketiga pada Chrome.

Daripada apa yang diketahui, melalui fungsi ini ibu bapa boleh menetapkan laman-laman yang boleh dilayari dan laman yang tidak boleh dilayari. Sekiranya tidak ingin menetapkannya, pengguna juga boleh memilih daripada senarai Google Safe Search dan menetapkannya pada pelayar web mereka.

Akaun kawalan yang dinamakan sebagai “Supervised Accounts” ini akan mendapat akses yang terhad.

Buat masa ini, fungsi ini masih pada peringkat pembangunan dan boleh diuji oleh mereka yang berminat melalui Chrome Canary.


TIPS & ULASAN