Sony Malaysia Hadir Dengan Televisyen BRAVIA 4K 65-inci Dan 55-inci

Sony Malaysia Hadir Dengan Televisyen BRAVIA 4K 65-inci Dan 55-inci

Diterbitkan pada Ogos 20, 2013 oleh .

Awal tahun ini, pihak Sony telah sedia menawarkan televisyen BRAVIA 4K bersaiz 84-inci, dan kini ia menawarkan televisyen dengan paparan 4K pada saiz lebih kecil, iaitu pada saiz skrin 65-inci dan juga 55-inci.

textcompare-1

Televisyen ini didatangkan dengan sokongan paparan Sony yang tersendiri dan terkini, dinamakan sebagai TRILUMINOS. Melaluinya ia membawakan paparan kualiti gambar yang lebih terang dan menarik. TV ini juga menggunakan enjin 4K X-Reality Pro yang membolehkan TV ini memperbesar gambar yang tidak mencapai resolusi 4K sekaligus membuatkan gambar pada resolusi rendah dapat dipaparkan dengan elok, menghampiri resolusi 4K. Sokongan NFC juga wujud pada TV ini membolehkan telefon pintar diintegrasikan dengan televisyen.

Selain paparan, pihak Sony turut memberikan perhatian kepada audio, dimana kedua-dua televisyen ini hadir dengan teknologi Magnetic Fluid Speaker, serta dipasang dengan teknologi Sony Walkman.

IMG_1172

Kedua-dua teleisyen ini boleh sedia didapati di pasaran tempatan, dimana TV bersaiz 55-inci dijual pada harga RM16,999 dan saiz 65-inci pada harga RM23,999.

Baca : Apa itu 4K


TIPS & ULASAN