Cari @ Amanz

Gambar peminat HTC, mungkin anda sedia maklum mengenai perancangan mereka untuk memperkenalkan HTC One Max. Kini, beberapa gambar hadir, memperlihatkan sokongan sensor cap jari pada bahagian belakang peranti berkenaan.

HTC One Max

Sokongan yang dikatakan sebagai sensor cap jari pada bahagian belakang kerangka, selain mana ia juga kelihatan membawakan sebuah sambungan dock pada peranti berkenaan.

Mengikut ura-ura awal, peranti ini dikatakan akan hadir dengan skrin bersaiz 5.9-inci, cip pemprosesan Snapdragon 800, sokongan HTC Ultrapixel, dan juga HTC Sense 5. Mungkin dengan beberapa gambar yang hadir kini, kita akan dapat melihat lebih banyak kejutan daripada HTC ketika pengumuman rasmi peranti ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd