Desas-desus berkenaan phablet daripada Nokia bukanlah sesuatu yang baru. Kini, laporan awal hadir mengatakan ia dikenali dengan nama kod “Bandit”, dan akan membawakan peranti bersaiz 6-inci dengan paparan 1080p.
Selain daripada itu, phablet tersebut dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon empat-teras, dan membawakan kamera belakang 20-megapixel sekurang-kurangnya.
Nokia dijangka akan memperkenalkan peranti pertama Windows Phone dengan sokongan paparan 1080p ini pada tahun ini.