LinkedIn sedia terkenal dikalangan ramai pengguna sebagai laman sosial professional yang menghubungkan ramai pengguna dalam sesuatu industri pekerjaan. Kini, mereka memperluaskan penggunaan mereka dengan memperkenalkan fungsi “University Pages“.
Melaluinya, ia membolehkan sesuatu institusi pengajian untuk membina halaman profil mereka tersendiri, sekaligus membolehkan para pengguna dan pelajar dari institusi berkenaan berhubung antara satu sama lain. Ia juga sekaligus membolehkan pelajar dan alummni berhubung antara satu sama lain, sekaligus membantu dalam arena pekerjaan.
Buat masa ini, kami masih belum menemui sebarang halaman universiti khusus untuk universiti tempatan. Namun, mungkin ia akan ditambah dan boleh diakses dalam masa terdekat ini.