Ura-Ura Berkenaan HTC One Versi Windows Phone Kembali Kedengaran

Ura-Ura Berkenaan HTC One Versi Windows Phone Kembali Kedengaran

Diterbitkan pada Ogos 20, 2013 oleh .

Kita sebelum ini sedia mendengar berkenaan dengan HTC yang akan hadir dengan peranti seumpama HTC One tetapi menjalankan sistem operasi Windows Phone. Selepas beberapa bulan, kini ura-ura tersebut kembali dengan beberapa info baru.

HTC One WP

Ia dikatakan telefon pintar baru ini akan menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci bersama-sama paparan 1080p dan juga memori sebanyak 2GB RAM. Sokongan Beats Audio turut dijangka akan diperkenalkan pada peranti ini.

Dari segi platform operasi pula, telefon pintar ini dikatakan akan dilengkapi kemaskini GDR3 yang membawakan pelbagai perkara baru pada Windows Phone, termasuk kemungkinan sokongan pusat notifikasi.

Namun, semestinya dengan pihak Nokia yang komited untuk Windows Phone, ramai pengguna yang akan inginkan beberapa sokongan dan aplikasi khas seperti mana yang dibawakan oleh Nokia untuk Lumia.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah HTC akan mengumumkan telefon pintar berasaskan Windows Phone ini.


TIPS & ULASAN