Lebih 77 Sumbangan Dana Ubuntu Edge Bernilai $35,300 Hadir Dari Malaysia

Lebih 77 Sumbangan Dana Ubuntu Edge Bernilai $35,300 Hadir Dari Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 20, 2013 oleh .

Ubuntu Edge adalah salah satu peranti yang dinantikan ramai, dengan pihak Canonical mensasarkan untuk mengumpulkan dana sebanyak $32 juta untuk merealisasikannya. Sehingga kini, hanya sekitar lebih $11.5 juta sahaja terkumpul dengan lebih kurang 60 jam berbaki sebelum tamat.

Sehingga kini, lebih daripada 24,920 penyumbang telah mengambil bahagian dalam projek IndieGogo ini, dan daripada persoalan kami kepada pihak IndieGogo, mereka berkongsi mengatakan yang mana sebanyak 77 sumbangan hadir daripada pengguna di Malaysia. Dari segi nilai pula, ia berjumlah sekitar $35,300.

Ubuntu Edge merupakan projek telefon pintar daripada pihak Canonical, yang mana bukan sahaja membawakan dua sistem operasi – Android dan Ubuntu Touch, tetapi ia juga boleh beroperasi sebagai sistem komputer Ubuntu sepenuhnya apabila dihubungkan sebagai komputer.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan sumbangan sebanyak $695 untuk peranti tersebut, dan sekiranya ia mencapai sasaran $32 juta, maka peranti tersebut akan dikeluarkan dan mula dihantar bermula Mei 2014 kelak.

IndieGogo - Ubuntu Edge

Layari : Halaman Ubuntu Edge pada IndieGogo


TIPS & ULASAN