Cari @ Amanz

Beberapa pengedar tempatan telah sedia menjual tablet terbaru daripada Samsung, iaitu Galaxy Tab 3, dimana tiga variasi tablet diperkenalkan iaitu yang bersaiz 7-inci, 8-inci, dan juga bersaiz 10-inci.

Galaxy Tab 7-inci dijana menggunakan cip pemprosesa dwi-teras 1.2GHz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 1.2-megapixel, dan juga dilengkapi Android 4.2 Jelly Bean. Tablet ini berharga RM1099 di Malaysia.

Galaxy Tab 3 8-inci pula dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan bateri berkapasiti 4450mAh. Versi WiFi dijual pada harga RM1099, manakala versi LTE pula dijual pada harga RM1499.

Galaxy Tab 3 8.0

Galaxy Tab 3 10-inci pula menggunakan cip dwi-teras 1.6GHz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan bateri berkapasiti 6800mAh. Harga tablet ini dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd