Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi permesejan terkemuka pada platform mudah-alih adalah WeChat, dan baru-baru mereka telah melancarkan WeChat 5.0 untuk pengguna Android dan iOS, yang mana menyertakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.

Salah satu fungsi baru yang disertakan adalah Mobile Social Games, membolehkan pengguna untuk memuat-turun permainan kasual dan memainkannya dan bersaing dengan rakan-rakan WeChat yang lain.

Menurut pihak WeChat, fungsi ini dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna tempatan dalam masa lebih kurang tiga bulan lagi.

Pihak WeChat juga turut berkongsi mengatakan yang mana dalam masa tiga hari pertama diperkenalkan di China, sebanyak lebih 40 juta pengguna telah memuat-turun permainan melaluinya dan memainkannya bersama-sama yang lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd