80% Pengguna Telefon Pintar Malaysia Menggunakan WeChat

Diterbitkan pada Ogos 20, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain perkongsian mengenai sokongan permainan yang akan hadir ke pengguna WeChat Malaysia tidak lama lagi, pihak WeChat juga turut sama berkongsi mengenai penggunaan perkhidmatan tersebut di Malaysia.

Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan sebanyak 80% daripada pengguna telefon pintar tempatan telah memuat-turun dan menggunakan perkhidmatan permesejan tersebut. Dan dari segi fungsi pula, sokongan Push-To-Talk menjadi fungsi yang amat diminati ramai pengguna tempatan.

Pihak WeChat baru-baru ini telah pun sedia melancarkan aplikasi WeChat 5.0 untuk pengguna iOS, dan versi Android dijangka akan menyusul pada minggu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami