Aplikasi YouTube Untuk Android Dengan Rekabentuk Baru Mula Diperkenalkan

Aplikasi YouTube Untuk Android Dengan Rekabentuk Baru Mula Diperkenalkan

Diterbitkan pada Ogos 20, 2013 oleh .

Hari ini, Google telah mula memperkenalkan kemaskini aplikasi YouTube untuk para pengguna Android, dimana bersama-sama dengannya ia membawakan antaramuka serba baru berasaskan Cards, disamping menyertakan beberapa fungsi baru untuk pengguna Android.

Salah satu fungsi menarik yang didatangkan adalah kebolehan untuk multi-tasking didalam aplikasi tersebut, membolehkan pengguna menonton video dalam sebuah pop-out kecil sementara melihat kandungan lain di aplikasi berkenaan.

Google juga turut mengoptimasikan ia untuk paparan tablet bersaiz 7-inci, salah satu kekurangan yang terdapat pada aplikasi sebelum ini.

Kemaskini aplikasi YouTube ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, disamping antaramuka sama juga dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna iOS tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN