BlackBerry Dilaporkan Memperlahankan Pengeluaran Peranti

BlackBerry Dilaporkan Memperlahankan Pengeluaran Peranti

Diterbitkan pada Ogos 20, 2013 oleh .

Dengan pengumuman pihak BlackBerry yang dikatakan sedang melihat strategi alternatif, kini seorang penganalisa hadir mengatakan BlackBerry telah memperlahankan pengeluaran peranti mereka sebanyak 10%.

Sehingga ke hari ini, pihak BlackBerry telah mengeluarkan sebanyak tiga peranti BlakcBerry 10, iaitu Z10, Q10 dan juga Q5. Selain daripada pengeluaran peranti berasaskan BlackBerry 10, ia agak mengejutkan apabila pihak BlackBerry turut hadir peranti baru berasaskan BlackBerry OS 7.

Walaupun pada awal tahun perkara berkaitan BlackBerry hangat diperkatakan, akhir-akhir ini ia agak kurang mendapat perhatian, apatah lagi peranti baru mereka sedia tertiris awal – jauh sebelum pengumuman rasmi berkaitan dengannya.

Pihak BlackBerry juga turut bakal memperkenalkan aplikasi BlackBerry Messenger pada bulan hadapan untuk Android dan juga iOS.

Pengurangan pengeluaran ini mungkin lebih kepada penjimatan kos mereka, pada masa yang sama mengelakkan mereka hadir dengan lebihan peranti yang tidak terjual.


TIPS & ULASAN