Cari @ Amanz

Hari ini, pihak @evleaks sekali lagi hadir dengan sebuah gambar telefon pintar baru, dinamakan sebagai HTC Zara. Selain daripada hanya memaparkan gambar peranti sahaja, mereka turut berkongsi mengenai beberapa spesifikasi yang akan dibawakan melaluinya.

HTC Zara

Daripada apa yang dikongsikan pihak @evleaks, peranti ini dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan cip dwi-teras 1.2GHz. Ia juga akan menyertakan memori 1GB RAM, kamera 8-megapixel dan juga bateri berkapasiti 2100mAh.

Walaupun kelihatan ditujukan untuk pasaran peranti dengan spesifikasi pertengahan, namun, ia dijangka akan menyertakan Android 4.3 Jelly Bean dan juga antaramuka HTC Sense 5.5.

Telefon pintar ini dijangka akan hadir pada suku ke-4 tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd