Hari ini, pada Gamescom 2013, pihak EA mengambil pentas utama, sekaligus berkongsi lebih maklumat berkenaan dengan permainan TheSims 4 yang akan menyusul pada tahun hadapan, dan akan hadir untuk Windows dan juga Mac.
Daripada apa yang dikongsikan, The Sims 4 memfokuskan kepada beberapa penambah-baikkan, dimana turut menyertakan sokongan emosi, sekaligus memberikan impak terhadap permainan tersebut sendiri.
Selain itu, pengguna juga boleh mengubah paparan wajah dan badan Sims dengan mudah, serta memudahkan pengguna untuk merekabentuk rumah, bilik dan sebagainya.
Bersama-sama dengan pengumuman The Sims 4, pihak EA turut mengumumkan yang mana pra-tempahan boleh dilakukan oleh para peminat bermula hari ini.