FIFA 14 Untuk Peranti Mudah-Alih Akan Ditawarkan Secara Percuma

FIFA 14 Untuk Peranti Mudah-Alih Akan Ditawarkan Secara Percuma

Diterbitkan pada Ogos 20, 2013 oleh .

Pihak EA juga hari ini turut berkongsi mengenai salah satu permainan dibawah EA Sports yang sedia popular dan dimainkan ramai pengguna – FIFA 14.

FIFA 14 bakal ditawarkan dalam bentuk demo kepada para pemain pada 11 September ini. Seperti biasa, ia membawakan bentuk permainan yang lebih realistik dan juga grafik yang lebih baik.

FIFA 14 Gamescom 2013

FIFA 14 Gamescom 2013

FIFA 14 juga turut akan membawakan sokongan untuk memindahkan beberapa data permainan yang disimpan daripada konsol generasi kini kepada konsol baru – PlayStation 4 dan Xbox One.

Selain FIFA 14, pihak EA juga turut berkongsi mengenai FIFA 14 Mobile, yang mana akan ditawarkan secara percuma (free-to-play), serta membawakan kawalan permainan yang bersesuaian dengan skrin kecil.


TIPS & ULASAN