Battlefield 4 Beta Pada Awal Oktober – Versi Akhir Pada Penghujung Oktober

Battlefield 4 Beta Pada Awal Oktober – Versi Akhir Pada Penghujung Oktober

Diterbitkan pada Ogos 20, 2013 oleh .

Selain beberapa permainan baru EA, mereka turut berkongsi mengenai permainan aksi tembak-menembak mereka yang popular, iaitu Battlefield 4. Selepas mengumumkannya pada tahun lepas, kini mereka berkongsi sebuah video baru dan juga tarikh pelancarannya.

Menurut pihak EA, permainan tersebut akan dilancarkan kepada umum pada penghujung Oktober ini, iaitu pada 29 Oktober. Namun, pada awal Oktober 2013 ini, mereka akan memperkenalkan versi beta untuk permainan tersebut.

Ketika pelancaran, permainan ini akan menyokong konsol generasi kini dan juga PC. Pihak EA turut berkongsi mengatakan permainan ini turut akan ditawarkan untuk konsol baru sebaik sahaja ia dilancarkan.


TIPS & ULASAN