Dunia ICT tempatan semakin berkembang pesat dari hari ke hari. Banyak syarikat berasaskan ICT ditubuhkan setiap tahun dan kami yakin ada dikalangan pembaca yang ingin mengorak langkah didalam arena ini. Setelah kejayaan siri pertama, kini Cradle Fund Sdn Bhd turut hadir dengan program Coach & Grow siri kedua.
Program Coach & Grow (CGP) ini bertujuan untuk melatih syarikat pada tahap-tahap tertentu, terutamanya yang memerlukan khidmat nasihat dan memerlukan panduan untuk meluaskan perniagaan. Untuk siri pertama yang diadakan sekitar tahun 2011-2012, program ini telah membantu lebih 400 teknokrat ICT didalam mengendalikan pertumbuhan syarikat mereka.
Acapkali berlaku para teknokrat ICT tidak bersedia didalam mengendalikan pertumbuhan pesat syarikat jadi program ini mampu untuk membantu para teknokrat.
Antara cabaran lain yang sentiasa dihadapi dikalangan teknokrat adalah termasuk:
- Syarikat baru – mencari pelanggan pertama dan keuntungan permulaan
- Syarikat yang sedang membesar – memperoleh pulangan yang mampu digunakan semula untuk pemasaran
- Syarikat bertaraf antarabangsa – Cabaran untuk memasarkan produk dikawasan yang tidak pernah diuji.
Melalui program CGP ini yang akan berlangsung selama 12 bulan, fokus buat peserta akan diberikan untuk tujuan menjana strategi petumbuhan serta memastikan keseluruhan operasi mula memperoleh keuntungan.
Syarikat atau peserta yang ingin menyertai program ini perlu mencapai sesuatu tahap sebelum diterima masuk ke program CGP.
Antara kelebihan menyertai program CGP adalah termasuk;
- Kandungan latihan dan sasaran untuk setiap program ditetapkan oleh usahawan, untuk usahawan.
- Struktur latihan difokuskan untuk strategi perlaksanaan dan bukannya pembelajaran secara teori.
- Sesi latihan akan digubah mengikut keperluan setiap syarikat.
- Para pelatih merupakan usahawan dan pakar didalam industri yang telah diceburi.
- Membantu para peserta/syarikat untuk mewujudkan hubungan ekosistem ICT yang menyeluruh bersama-sama agensi kerajaan, agensi pembiayaan, institusi pendidikan dan juga Alumni CGP terdahulu.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 September 2013 dan maklumat lanjut serta syarat penyertaan boleh dilihat di laman web rasmi .
- Layari :
Penafian : Advertorial oleh Cradle Fund.