Filem Gran Turismo Dan Watch Dogs Bakal Diterbitkan

Filem Gran Turismo Dan Watch Dogs Bakal Diterbitkan

Diterbitkan pada Ogos 21, 2013 oleh .

Mengambil pentas utama Gamescom selepas Electronic Arts, pihak Sony mengumumkan beberapa perkara, dan antaranya adalah kerjasama dengan penerbit permainan dalam hadir dengan beberapa filem baru.

Dua kerjasama yang diumumkan adalah termasuk penerbitan filem Gran Turismo dan juga Watch Dogs.

Seperti biasa, apakah plot yang akan dibawakan oleh kedua-dua filem ini masih tidak diketahui lagi, dan siapakah yang melakonkannya serta bilakah ia akan diterbitkan juga belum ditentukan lagi buat masa ini.

Seperti umum sedia maklum, Gran Turismo bakal memfokuskan pada kereta dan perlumbaan, manakala Watch Dogs pula membawakan kisah disebalik seorang watak Aiden Pearce yang boleh mengodam pelbagai peralatan elektronik dalam mencapai sesuatu objektif.


TIPS & ULASAN