Sony hari ini telah memperlihatkan beberapa permainan yang dioptimasikan untuk PlayStation Vita dan juga PlayStation 4, disamping pada masa yang sama berkongsi mengenai tarikh pelancaran konsol baru mereka.
Daripada apa yang dikongsikan, konsol baru tersebut bakal ditawarkan Amerika Syarikat bermula 15 November kelak, sementara di Eropah pula bermula 29 November.
Tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh Sony untuk pasaran Asia buat masa ini, namun pihak Sony mengatakan konsol tersebut akan ditawarkan di lebih 32 buah negara sebelum musim cuti hujung tahun ini.