Seperti dijanjikan, hari ini pihak Nokia Malaysia telah memperkenalkan Lumia 625 secara rasmi untuk pasaran tempatan, dimana peranti bersaiz 4.7-inci dengan sokongan LTE ini ditawarkan pada harga RM939 untuk pasaran tempatan.
Dari segi spesifikasi, ia menyertakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori sebanyak 512MB RAM, bateri berkapasiti 2000mAh, serta didatangkan dengan kamera belakang 5-megapixel.
Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam lima pilihan warna, disamping pengguna juga boleh membeli kerangka belakang seara berasingan. Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna jingga, kuning, hijau, putih dan juga hitam.