Harga Baru PS Vita Untuk Pasaran Malaysia Diumumkan – Kini RM859

Harga Baru PS Vita Untuk Pasaran Malaysia Diumumkan – Kini RM859

Diterbitkan pada Ogos 21, 2013 oleh .

Pada awal pagi tadi, pihak Sony telah mengambil pentas utama Gamescom 2013 mengumumkan beberapa perkara, termasuk kemaskini harga jualan PS Vita. Kini diketahui, harga baru untuk PS Vita akan mula diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Di Malaysia, harga jualan baru kelak adalah RM859, berbanding RM1099 sebelum ini. Perkara ini mungkin akan membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkannya.

Selain harga PS Vita, kad memori untuknya turut dikemaskini dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Harga baru ini akan mula digunakan bermula hari Jumaat ini – 23 Ogos 2013.

PS Vita Harga Baru


TIPS & ULASAN