Telefon pintar pada hari ini sedia membawakan skrin dengan paparan resolusi tinggi. Namun, ia tidak menghentikan pembangunan skrin dengan resolusi yang lebih baik. Hari ini, pihak LG menjadi yang pertama mengumumkan panel skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi 2560×1440 pixel.
Daripada apa yang dikongsikan, LG Display mengatakan panel baru ini membawakan empat-kali ganda lebih banyak pixel berbanding panel 1280×720 yang digunakan dengan meluas hari ini.
Dengan panel yang membawakan kadar PPI sehingga 538 ini, ia dikatakan membawakan kualiti paparan video dan gambar yang lebih baik.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang tarikh dikongsikan LG Display berkenaan bilakah kita akan melihat telefon pintar menggunakan panel ini diperkenalkan.