Facebook Bekerjasama Dengan Samsung, Nokia Dan Yang Lain – Mengumumkan Internet.org

Facebook Bekerjasama Dengan Samsung, Nokia Dan Yang Lain – Mengumumkan Internet.org

Diterbitkan pada Ogos 21, 2013 oleh .

Internet.orgFacebook hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Samsung, Nokia, MediaTek, Opera, Qualcomm dan juga Ericsson, sekaligus melancarkan sebuah projek baru dinamakan sebagai Internet.org.

Melalui projek baru ini, mereka mensasarkan untuk membawakan akses internet pada harga yang mampu kepada lebih 5 bilion orang yang tidak mempunyai akses untuknya.

Syarikat-syarikat ini akan bekerjasama antara satu sama lain, sekaligus hadir dengan teknologi data-compression, serta peranti pintar untuk tujuan tersebut.

Seperti semua sedia maklum, Opera sedia memfokuskan perkara ini, sekaligus menjadikan Opera Mini salah satu pelayar web yang diminati ramai.

Facebook sendiri dikatakan akan memfokuskan kepada pengurangan penggunaan data pada aplikasi mereka berbanding sebelum ini.

Untuk tujuan ini, sebuah laman khas diperkenalkan, dinamakan sebagai Internet.org – dimana lebih banyak info berkaitan dengannya dikongsikan melalui laman tersebut.


TIPS & ULASAN