Carian
Samsung Galaxy Golden – Telefon “Flip” Android Diumumkan Di Korea
August 21, 2013 Aman

Galaxy GoldenSetelah beberapa gambar yang tertiris sebelum ini, hari ini pihak Samsung secara rasminya mengumumkan Galaxy Golden untuk pasaran Korea Selatan – membawakan telefon pintar boleh flip dan berasaskan Android kepada pengguna di sana.

Telefon pintar ini membawakan skrin AMOLED bersaiz 3.7-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.9-megapixel pada bahagian hadapan, dan juga bateri 1820mAh. Sokongan lain yang turut disertakan adalah radio-FM, S-Health dan juga pembaca kad perniagaan (business card reader.

Seperti beberapa telefon pintar flip berasaskan Android daripada Samsung sebelum ini, ia kelihatan seperti tiada perancangan untuk memperkenalkannya untuk pasaran global.

Komen