BlackBerry World setelah sekian lama menggunakan paparan harga dalam USD, kini mula mengoptimasikan paparan kedai aplikasi mereka bersesuaian dengan sesuatu negara, dan untuk pengguna tempatan, ia kini dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM).
Perkara ini turut sama diimplementasikan untuk harga album, aplikasi, permainan dan sebagainya yang ditawarkan melalui BlackBerry World.
Kemaskini ini juga mungkin akan sekaligus memudahkan para pengguna tempatan dalam membuat keputusan membeli aplikasi, selain tidak lagi perlu membuat pengiraan pertukaran wang sebelum membuat pembelian melalui BlackBerry World.