Celcom Akan Menceburi Arena Buku Digital Melalui Bachabookoo

Celcom Akan Menceburi Arena Buku Digital Melalui Bachabookoo

Diterbitkan pada Ogos 21, 2013 oleh .

Maxis sedia melancarkan perkhidmatan dan tawaran buku digital mereka kepada pengguna iPad dan juga Android melalui Maxis ebuuk. Kini, nampaknya pihak Celcom turut sama tidak ingin ketinggalan, dan kelihatan akan melancarkan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Bachabookoo (Baca Buku?) tidak lama lagi.

Bachabookoo kelihatan menggunakan teknologi OokBee untuknya, sekaligus menawarkan pelbagai majalah tempatan melaluinya. Perkara ini mungkin dimudahkan dengan penggunaan OokBee, memandangkan Karangkraf turut menggunakannya untuk eMall mereka. Selain aplikasi berkenaan, pihak OokBee sendiri ada menawarkan aplikasi OokBeeMY untuk pengguna tempatan.

Sekiranya pihak Celcom tidak hadir dengan beberapa perkara khas untuknya, seperti mungkin pembayaran melalui bil Celcom, maka ia mungkin akan menjadi agak sukar untuk mencabar aplikasi lain dengan tawaran kandungan yang sama pada masa kini.

Daripada apa yang dilihat, perkhidmatan Celcom Ebook ini akan ditawarkan untuk pengguna tablet, aplikasi Android untuknya telah sedia diterbitkan di Google Play Store. Buat masa ini, kami masih tidak ketahui bilakah pihak Celcom akan melancarkannya secara rasmi.


TIPS & ULASAN