Sony Menjadualkan Acara Khas Bersempena IFA 2013 Pada 5 September

Sony Menjadualkan Acara Khas Bersempena IFA 2013 Pada 5 September

Diterbitkan pada Ogos 21, 2013 oleh .

Umum sedia maklum akan berkenaan dengan pihak Sony yang bakal melancarkan beberapa produk baru mereka pada awal September kelak bersempena dengan IFA 2013. Menariknya, kini Sony Mobile Malaysia turut menjadualkan sebuah acara khas yang bakal diadakan pada 5 September 2013 ini.

Sony Malaysia - IFA2013

Mengikut pelbagai laporan sebelum ini, mungkin semua sedia maklum akan berkenaan Sony “Honami”, yang mana akan menjadi salah satu telefon pintar utama dengan sokongan kamera 20-megapixel.

Selain itu, beberapa lensa-kamera juga dijangka akan diperkenalkan pada tarikh tersebut, yang mana akan beroperasi dengan menghubungkan ia kepada telefon pintar pengguna.

Dengan acara khas yang dijadualkan pihak Sony Malaysia, selari dengan acara global mereka, maka mungkin kita akan melihat ia mula ditawarkan di pasaran tempatan lebih awal berbanding kebiasaan.

Seperti biasa, kami akan membawakan pelbagai kemaskini langsung daripada acara khas tersebut untuk anda.


TIPS & ULASAN