Google Chrome 29 Hadir Dengan Sokongan “Reset” Tetapan Pelayar Web

Google Chrome 29 Hadir Dengan Sokongan “Reset” Tetapan Pelayar Web

Diterbitkan pada Ogos 21, 2013 oleh .

Mengikut jadual kemaskini seperti biasa, pihak Google kini telah pun mengeluarkan pelayar web Chrome 29 yang terbaru, membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, dan salah satunya adalah kebolehan untuk “reset” tetapan pelayar web semula.

Dengan butang “reset” ini, ia akan membolehkan pengguna untuk membuang semua extension yang dipasang pada pelayar web berkenaan, sementara masih mengekalkan bookmark, tema dan aplikasi yang tersedia.

Selain itu, Chrome 29 juga membawakan kemaskini pada bahagian omnibox, dimana sokongan cadangan terbina bersama-sama dengannya memaparkan perkara yang lebih relevan berbanding sebelumnya.

Bagi mereka yang menggunakan Chrome, kemaskini ini akan dipasang secara automatik pada pelayar web anda, sementara pengguna baru boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini.


TIPS & ULASAN