Carian
Box Menggandakan Tawaran Ruangan Percuma Kepada 10GB
August 22, 2013 Aman

Selain daripada Google Drive dan juga Dropbox, salah satu penyedia perkhidmatan storan awan terkemuka adalah Box. Hari ini, mereka mengemaskini tawaran perkhidmatan mereka, dimana kini akaun percuma didatangkan dengan ruangan storan sebesar 10GB.

Box juga turut mengemaskini tawaran perkhidmatan berbayar mereka, dimana kini ia bermula pada harga $5 sebulan untuk pakej baru dinamakan sebagai Starter.

Sehingga kini, dilaporkan terdapat lebih kurang 20 juta pengguna. dan dengan tawaran penambahan storan percuma ini ia sekaligus mungkin akan menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan mereka dengan meluas.

Komen