Facebook telah pun sedia memperkenalkan sokongan menyertakan perkongsian status, termasuk gambar dan video ke web dan blog sebelum ini kepada segelintir kecil pengguna. Kini, selepas mendapat pelbagai maklumbalas berkenaan dengannya, sokongan tersebut diperkenalkan kepada semua pengguna hari ini.
Melalui fungsi baru ini, pengguna boleh memilih sebarang perkongsian yang dilabelkan sebagai “umum”, dan menyertakan ia pada blog dan web.
Perkara ini sekaligus akan memberikan kemudahan untuk web untuk menyertakan media daripada Facebook dengan lebih mudah, tanpa perlu melakukan rakaman paparan skrin seperti sebelumnya.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu klik pada anak panah kecil pada bahagian kanan, dan kemudian memilih pilihan “Embed Post”, seterusnya menyalin kod yang disediakan pihak Facebook.