Phablet Daripada Nokia Mungkin Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan?

Phablet Daripada Nokia Mungkin Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan?

Diterbitkan pada Ogos 22, 2013 oleh .

Nokia sedia dikatakan sedang menyediakan sebuah phablet untuk ditawarkan kepada para pengguna pada tahun ini. Terkini, Reuters melaporkan yang mana telefon pintar bersaiz sekitar 6-inci ini mungkin diperkenalkan pada bulan hadapan.

Mengikut laporan Reuters, Nokia mempunyai dua peranti mudah-alih yang mana mungkin diumumkan oleh mereka pada bulan penghujung bulan September kelak. Perkara ini boleh dikatakan agak berbeza dengan sebelum ini, dimana dikatakan phablet daripada Nokia akan diumumkan pada bulan November kelak.

Selain daripada phablet pihak Nokia juga dijangka akan hadir dengan sebuah tablet berasaskan Windows RT. Seperti semua sedia maklum, pihak Microsoft bakal hadir dengan Windows 8.1 pada bulan Oktober ini dan beberapa peranti dijangka akan diumumkan ketika itu.

Menariknya, pada bulan September juga pihak Samsung akan mengumumkan phablet mereka yang terbaru – Samsung Galaxy Note 3, disamping HTC juga dijangka akan memperkenalkan HTC One Max.


TIPS & ULASAN