Dua Siri Komputer Riba AsusPro Dilancarkan Di Malaysia

Dua Siri Komputer Riba AsusPro Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 22, 2013 oleh .

Selain daripada siri komputer riba Asus baru yang diumumkan beberapa minggu lepas, kini pihak Asus Malaysia turut sama melancarkan dua komputer riba yang memfokuskan pengguna profesional dan untuk tujuan perniagaan – dibawah jenama AsusPro.

Dua komputer riba yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia adalah AsusPRO B Advanced dan juga AsusPRO P Essential.

AsusPRO B Advanced adalah komputer riba Ultrabook, membawakan rekaaan yang nipis dan hanya seberat 1.64kg sahaja. Ia turut dilengkapi cip pemprosesan Intel Core generasi ketiga dan juga NVIDIA GeForce 5200. Di Malaysia ia akan mula dijual bermula pertengahan September ini pada harga bermula RM3599.

AsusPRO P Essential pula lebih memfokuskan kepada komputer riba tahan lasak, dimana ia menyertakan binaan yang kuat, serta cakera keras yang kalis gegaran. Komputer riba yang turut dijana dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ketiga ini dijual pada harga RM3099 di pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN