Aplikasi 6Tag Dilancarkan Untuk WP8 – Klien Instagram Dengan Sokongan Video

Aplikasi 6Tag Dilancarkan Untuk WP8 – Klien Instagram Dengan Sokongan Video

Diterbitkan pada Ogos 22, 2013 oleh .

Platform Windows Phone 8 sedia mempunyai beberapa aplikasi yang berfungsi sebagai klien Instagram. Terkini, yang baru dilancarkan adalah 6Tag daripada pembangun aplikasi klien Vine, 6Sec.

6Tag

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna, dan mereka yang berminat boleh membuang iklan pada aplikasi berkenaan pada harga $1.29, dan juga menambah sokongan memuat-naik video pada harga $1.49. Namun, pengguna boleh memuat-naik gambar tanpa had secara percuma melaluinya.

Dari segi rekabentuk, ia boleh dikatakan rekabentuk 6Tag ini amat kemas, membawakan sokongan filter menyerupai aplikasi asalh Instagram, selain turut menyertakan sokongan geotag dan juga kebolehan berkongsi ke Facebook, Twitter, Flickr dan sebagainya.

Bagi mereka yang menggunakan Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun 6Tag hari ini. Sokongan untuk Windows phone 7.x dijangka akan hadir pada masa akan datang.

Muat-Turun 6Tag Untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN