Kini Anda Boleh Melawat Zoo Terus Melalui Google Street View

Kini Anda Boleh Melawat Zoo Terus Melalui Google Street View

Diterbitkan pada Ogos 22, 2013 oleh .

Pada tahun ini, pihak Google sedia menambah beberapa paparan dan lokasi menarik di Google Street View, dan kini mereka terus menjadikannya lebih interaktif dengan menambah beberapa zoo di seluruh dunia pada perkhidmatan tersebut.

Melaluinya, seperti biasa, pengguna boleh melawat zoo-zoo yang menarik seluruh dunia, serta pada masa yang sama melihat haiwan-haiwan seperti panda, singa, harimau dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh melayari koleksi khas yang disediakan mereka, dan memilih zoo yang ingin anda lawati melalui pelayar web anda.


TIPS & ULASAN