Canon Memperkenalkan Kamera Digital Powershot Dengan Integrasi Facebook

Canon Memperkenalkan Kamera Digital Powershot Dengan Integrasi Facebook

Diterbitkan pada Ogos 22, 2013 oleh .

Canon sedia terkenal dengan tawaran kamera mereka, dan terkini hari ini mereka memperkenalkan sebuah kamera digital baru, dinamakan sebagai Powershot N Facebook yang didatangkan bersama-sama butang khas untuk Facebook.

Canon PowerShot N Facebook

Kamera PowerShot N Facebook ini didatangkan dengan butang khas dilabelkan Facebook, memudahkan pengguna untuk membuat perkongsian terus ke laman sosial popular tersebut.

Kamera ini membawakan sensor CMOS 12.1-megapixel dengan sokongan zoom optikal sehingga 8x. Ia turut didatangkan dengan sokongan WiFi, selain membolehkan pengguna merakamkan video 1080p yang dipermudahkan dengan sebuah butang khas untuk rakaman video.

Canon PowerShot N Facebook

Untuk tujuan perkongsian Facebook, pengguna hanya perlu membuat tetapan sekali sahaja, dan kemudiannya pengguna boleh tekan butang khas tersebut, dan gambar tersebut akan boleh terus dikongsi ke laman profil Facebook mereka.

Pengguna juga dikatakan boleh memilih sama ada ingin berkongsi gambar yang dirakamkan dengan semua pengguna, ataupun pada sesebuah Facebook Groups melalui pilihan destinasi yang disediakan.

PowerShot N Facebook ini akan ditawarkan melalui kedai-atas-talian Canon pada harga $299 dalam pilihan warna putih.


TIPS & ULASAN