Lanjutan daripada beberapa laporan mengatakan Apple akan hadir dengan kerangka luar berwarna emas untuk telefon pintar generasi baru mereka, kini beberapa gambar tertiris memperlihatkan kerangka luar tersebut.
Daripada kerangka bahagian belakang yang tertiris ini, ia kelihatan lebih kurang menyerupai iPhone 5 sedia ada.
Apple dikatakan akan hadir dengan iPhone generasi baru mereka pada 10 September ini, dimana bersama-sama dengannya, sebuah peranti “bajet” yang diperkatakan ramai sebagai iPhone 5C juga dijangka akan diumumkan.