Permainan Asphalt 8 : Airborne Dilancarkan Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Ogos 22, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asphalt 8 AirborneBagi para peminat permainan perlumbaan pada peranti mudah-alih, semestinya salah satu permainan yang diminati adalah Asphalt. Hari ini, Gameloft secara rasminya telah pun melancarkan permainan Asphalt 8 untuk pengguna Android dan juga iOS.

Asphalt 8 menyertakan beberapa bentuk permainan baru, selain mana dilengkapi dengan grafik permainan yang lebih menarik berbanding sebelumnya. Pilihan kereta juga turut dikemaskini dan menyertakan pelbagai pilihan kereta berjenama yang baru.

Untuk tujuan multi-player pula, Asphalt 8 membawakan sokongan untuk memainkannya sehingga 8 pemain, serta membawakan sokongan cabaran Ghost bersama-sama dengannya.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini pada harga $0.99 daripada Google Play Store dan juga Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun Asphalt 8 untuk iOS

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami