TeratoTech Bakal Hadir Dengan Aiyo Yang Dioptimasikan Untuk Android Pada Oktober

TeratoTech Bakal Hadir Dengan Aiyo Yang Dioptimasikan Untuk Android Pada Oktober

Diterbitkan pada Ogos 23, 2013 oleh .

TeratoTech sedia dikenali ramai sebagai penerbit aplikasi iOS terkemuka di Malaysia. Selain hadir dengan beberapa permainan iOS, mereka juga turut mempunyai enjin penerbitan majalah dan buku digital dinamakan sebagai Aiyo.

Aiyo buat masa ini hanya khusus untuk iPad sahaja. Namun, ia bakal berubah tidak lama lagi, apabila kini dilaporkan pihak TeratoTech bakal hadir dengan Aiyo yang dioptimasikan untuk platform Android sekitar bulan Oktober kelak.]

Selain versi Android, mereka juga bakal menambah beberapa sokongan baru pada enjin penerbitan digital mereka itu, termasuk integrasi interaksi media sosial, serta sokongan statistik untuk penerbit yang lebih baik lagi.

Buat masa ini, pelbagai jenama besar menggunakan platform Aiyo untuk penerbitan digital mereka, termasuk salah satunya adalah PC.com.


TIPS & ULASAN