Apple Mengambil-Alih Pembangun Aplikasi Transit – Embark

Diterbitkan pada Ogos 23, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam usaha untuk menambah-baik perkhidmatan pemetaan Apple Maps, kini pengeluar iPhone tersebut telah pun membeli sebuah lagi syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan aplikasi transit dan pemetaan – Embark.

Seperti biasa, tiada sebarang harga pengambil-alihan yang diketahui. Daripada apa yang diketahui, Apple dijangka akan mengintegrasikan teknologi Embark secara terus ke Apple Maps.

Pengambil-alihan Embark hadir selepas pengambil-alihan beberapa syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan aplikasi berasaskan geolokasi, termasuk sebelum ini adalah Hopstop dan juga Locationary.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami